Dialog tentang kewujudan Allah S.W.T

November 19th, 2007 by aerstu

Sumber: http://www.raudhah.com/index.php?option=com_smf&Itemid=27&topic=4653.msg61354;topicseen#new

Petikan Dari Ruangan Bicara Agama
(Utusan Malaysia, 16 November 2007)
Ahli sunah larang ithbat tempat bagi Allah

SOALAN: Sekiranya ada seseorang bukan muslim bertanyakan saya di manakah Allah, apakah jawapan yang sesuai yang saya harus berikan kepada beliau?

JAWAPAN: Ustaz nukilkan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha Suci Allah, Maha Suci Allah, Maha Suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku…Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…,” Abu Hanifah berhujah.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!,” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnya atau di bawahkah…?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”

“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” soal Dahri lagi.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya….?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Tidak terfikir

Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

“Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk.

[Tambahan: Dialog ini boleh dirujuk dari kitab `Aqidatun Najin fi `Ilmi Ushuliddin karangan Syeikh Wan Zainal Abidin bin Wan Muhammad al-Fathani atau lebih dikenal dengan gelaran Tuan Minal al-Fathani. Kitab tersebut selesai dikarang pada hari Sabtu, Jamadilakhir tahun 1308 H/1890 M. Kitab ini bukan hanya setakat untuk rujukan tetapi masih banyak diajar di surau-surau dan di masjid-masjid bahkan di beberapa pondok di seluruh dunia Melayu. Kitab ini yang kedua besar tentang akidah dalam bahasa Melayu sesudah Warduz Zawahir karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani tetapi adalah yang pertama besar yang masih beredar di pasaran dan yang diajarkan. Cetakan pertama oleh Matba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1319 H/1901 M, ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Maklumat ini adalah berdasarkan kepada tulisan Tuan Guru Hj Wan Muhammad Shaghir Abdullah. - abuzahrah -]

DIALOG IBN ATHAILLAH-IBN taYMIYAH (bah.4)

November 7th, 2007 by aerstu

(Petikan brsumebrkan dari:

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/ )

IBN TAYMIYAH:
Argumentasi tersebut sepatutnya ditujukan kepada engkau.

IBN TAYMIYAH:
Argumentasi tersebut sepatutnya ditujukan kepada engkau. Kerana saat Imam al-Qusyairi melihat (ada antara) pengikutnya melencong daripada jalan Allah, dia dengan segera mengambil langkah untuk membendong mereka.
Sementara, apa yang dilakukan oleh para syeikh sufi sekarang? Aku meminta para sufi untuk mengikuti jalur sunnah dari para leluhur kami (salafi) yang soleh dan terkemuka: para sahabat yang zuhud, generasi sebelum mereka dan generasi sesudahnya yang mengikuti langkah mereka.

Siapapun yang menempuh jalan ini, saya berikan penghargaan setinggi-tingginya dan menempatkan sebagai imam agama. Namun bagi mereka yang melakukan pembaharuan yang tidak berdasar dan menyisipkan gagasan kemusyrikan seperti falsafah Yunani dan pengikut Buddha, atau yang beranggapan bahwa manusia menempati Allah (hulul) atau bersatu dengan-Nya (ittihad), atau teori yang menyatakan bahwa seluruh penampakan adalah satu adanya/kesatuan wujud (wahdatul wujud) ataupun hal-hal lain yang diperintahkan syeikh anda: semuanya jelas perilaku atheis dan kafir.

IBN ATHAILLAH:
Ibn Arabi adalah salah seorang ulama terhebat yang mengenyam pendidikan di Dawud al Zahiri seperti Ibn Hazm al Andalusi, seorang yang fahamannya selaras dengan metodologi anda tentang hukum Islam, wahai penganut Hanbali! Tetapi meskipun Ibn Arabi seorang Zahiri (menterjemahkan hukum Islam secara lahiriah), metod yang diterapkannya untuk memahami hakikat adalah dengan menyelidik apa yang tersembunyi, mencari makna spiritual (thariq al bathin), untuk mensucikan bathin (thathhir al bathin).

Meskipun demikian tidak seluruh pengikut mengertikan sama apa-apa yang tersembunyi. Agar engkau tidak keliru atau lupa, ulangilah bacaan engkau mengenai Ibn Arabi dengan pemahaman baru akan simbol-simbol dan gagasannya (maksudnya, Ibn Taymiyah kenalah ulang semula penyelidikannya tentang karya-karya Ibn Arabi menggunakan perkara-perkara baru yang baru difahaminya ketika ini, kerana hasilnya nanti pasti berbeza dengan keputusan yang lalu). Engkau akan menemukannya sangat mirip dengan al-Qusyairi. Dia telah menempuh jalan tasawuf di bawah payung al-Quran dan sunnah, sama seperti Hujjatul Islam Al Ghazali, yang mengusung perdebatan mengenai perbezaan mendasar mengenai iman dan isu-isu ibadah namun menilai usaha ini kurang menguntungkan dan berfaedah.

Ia mengajak orang untuk memahami bahwa mencintai Allah adalah cara yang patut ditempuh seorang hamba Allah berdasarkan keyakinan. Adakah engkau setuju wahai faqih? Atau engkau lebih suka melihat perselisihan di antara para ulama? Imam Malik ra. telah mengingatkan mengenai perselisihan semacam ini dan memberikan nasihat: “Setiap kali seseorang berdebat mengenai iman, maka kepercayaannya akan berkurang.”

Sejalan dengan ucapan itu, Al Ghazali berpendapat, cara terpantas untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui hati, bukan jasad. Bukan bermaksud hati dalam bentuk fizik yang dapat melihat, mendengar atau merasakan secara gamblang. Melainkan, dengan menyimpan dalam benak, rahsia terdalam dari Allah Yang Maha Agung dan Besar, yang tidak dapat dilihat atau diraba.

Sesungguhnya ahli sunnahlah yang menobatkan syeikh sufi, Imam Al-Ghazali, sebagai Hujjatul Islam, dan tak seorangpun yang menyangkal pandangannya bahkan seorang ilmuan secara berlebihan berpendapat bahwa Ihya Ulumuddin nyaris setara dengan Al Quran (ilmuan tersebut fanatik dengan Imam Ghazali).

Dalam pandangan Ibn Arabi dan Ibn Al Farid, taklif atau kepatuhan beragama laksana ibadah yang mihrab atau sejadahnya menandai aspek batin, bukan semata-mata ritual lahiriah saja. Kerana apalah ertinya duduk berdiri anda dalam sholat sementara hati anda dikuasai selain Allah.
Allah memuji hambaNya dalam Al Quran:
"(Yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sholatnya";
dan Ia mengutuk dalam firmanNya:
"(Yaitu) orang-orang yang lalai dalam sholatnya".
Inilah yang dimaksudkan oleh Ibn Arabi saat mengatakan: "Ibadah bagaikan mihrab bagi hati, yakni aspek batin, bukan lahirnya".

Seorang muslim takkan mampu mencapai keyakinan mengenai isi Al Quran, baik dengan ilmu atau pembuktian itu sendiri, hinggalah ia membersihkan hatinya dari segala yang dapat mengalihkan dan berusaha untuk khusyuk. Dengan demikian Allah akan mencurahkan ilmu ke dalam hatinya, dan dari sana akan muncul semangatnya. Sufi sejati tak mencukupi dirinya dengan meminta sedekah.

Seseorang yang tulus adalah ia yang menyuburkan diri di (hadapan) Allah dengan mematuhi-Nya. Barangkali yang menyebabkan (sebahagian) ahli fiqh mengecam Ibn Arabi adalah karena kritik beliau terhdap keasyikan mereka dalam berargumentasi dan berdebat seputar masalah iman, hukum masalah-masalah yang terjadi (aktual) dan masalah-masalah yang baru dihipotesakan (dibayangkan padahal ia belum terjadi).
(Ini memang berlaku. Ada ahli fiqh yang bersungguh-sungguh fakir dan cari penyesaian masalah-masalah yang tak perlu difikir.
Contohnya, seorang lelaki solat berjemaah. Ketika solat dia mengikat tali kudanya di ibu jarinya. Sedang solat tiba-tiba kudanya buang air besar. Apakah batal solatnya kerana najis kuda itu tertanggung melalui tali yang diikat di kakinya?
Inikan namanya “tak ada masalah cari masalah”? Padahal masa memikirkan hal ini lebih baik dibuat mempelajari bidang-bidang lain yang belum kita kuasai terutamanya tasauf.
Ada pula orang yang habiskan masa berfikir dan mencari penyelesaian dalam hal ini- Air mani dikumpul-kumpul dan cukup dua kolah. Bolehkah dibuat mengambil wudhuk?
Kalau suami isteri berjimak tiba-tiba melekat selama 48 jam, tak boleh dipisahkan. Macam mana cara hendak mandi wajib, ambil wudhuk dan solat sepanjang tempoh itu?
Ada pula yang berfikir- macam manalah agaknya kalau satu hari nanti orang Melayu akan anggap bid’ah hasanah kepada perempuan yang menjadi imam solat Jumaat kepada lelaki di dalam gereja? Ini lagi menghairankan!
Bukan tidak boleh sama-sekali memikirkan hal-hal ini, tapi ikutlah keutamaan. Banyak lagi bidang yang kiat belum kuasai.
Inilah sebenarnya yang ditentang oleh ahli-ahli tasauf ke atas sebahagian ahli-ahli fiqh)

(Ibnu Arabi dan para sufi tidak menolak ilmu fiqh dan ahli-ahlinya sebagaimana dakwaan musuh-musuh mereka yang masih ada hinggalah ke hari ini, tetapi menentang keekstreman sesetengah ahli fiqh yang hanyut dalam dunia fiqh mereka hinggakan usaha mereka dalam agama menjadi sempit lagi amat terbatas. Seorang Muslim sepatutnya menjalani kehidupan dengan seimbang walaupun mereka ada pengkhususan dalam bidang tertentu. Apatah lagi banyak juga ahli fiqh yang langsung tidak ambil pusing soal-soal tasauf yang melibatkan penggunaaan hati, sampaikan mereka beranggapan bahawa amal-amal lahiriah tunduk bangkit itu sajalah yang membawa kejayaan dalam agama. Padahal Tuhan lebih memandang soal hati. Inilah yang dimaksudkan)

Ibn Arabi mengkritik begitu kerana dia melihat betapa sering hal tersebut dapat mengalihkan mereka dari kejernihan hati. Ia menjuluki mereka sebagai "ahli fiqih basa-basi wanita". Semoga Allah mengeluarkan engkau kerana telah menjadi salah satu dari mereka!
Pernahkan engkau membaca pernyataan Ibn Arabi bahawa:
"Siapa saja yang membangun keyakinannya semata-mata berdasarkan bukti-bukti yang tampak dan argumen deduktif, maka ia membangun keyakinan dengan dasar yang tak bisa diandalkan. Karena ia akan selalu dipengaruhi oleh sangahan-sangahan balik yang konstan. Keyakinan bukan berasal daripada alasan logik melainkan tercurah dari lubuk hati."
Adakah pernyataan yang seindah ini?

IBN TAYMIYAH:
Engkau telah berbicara dengan baik, andaikanlah guru engkau sama seperti yang engkau katakan, maka dia sangat jauh dari kafir. Tapi menurutku apa yang telah ia ucapkan tidak mendukung pandangan yang telah anda kemukakan.


ARTIKEL2 BERKAITAN:

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=45&mode=&order=0&thold=0

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=43&mode=&order=0&thold=0

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=44&mode=&order=0&thold=0

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=10&mode=&order=0&thold=0

Dibaca dan dinotakan kembali oleh:
Alexanderwathern
19 FEBRUARI 2007

Terjemahan daripada  “On Tasawuf Ibn Atha’illah Al-Sakandari: The Debate with Ibn Taymiyah”, dalam buku “The repudiation of Salafi Innovations”  oleh Syeikh Muhammad Hisyam Kabbani.


Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.

DIALOG IBN ATHAILLAH-IIBN TAYMIYAH (bah.3)

November 7th, 2007 by aerstu
IBN TAYMIYAH:
(Ibn Taimiyah tidak menjawab soalan tersebut kerana apa yang diperkatakan oleh Ibn Athaillah memang benar, dan Ibn Taymiyah memahaminya)

IBN TAYMIYAH:
(Ibn Taimiyah tidak menjawab soalan tersebut kerana apa yang diperkatakan oleh Ibn Athaillah memang benar, dan Ibn Taymiyah memahaminya)
Tapi bagaimana pendirian mereka di hadapan Allah? Di antara kalian para sufi, ada yang menegaskan bahwa ketika Rasulullah saw memberitakan khabar gembira pada kaum miskin bahwa mereka akan masuk syurga sebelum kaum kaya, selanjutnya kaum miskin tersebut tenggelam dalam ledakan kegembiraan dan mulai merobek-robek jubah mereka; saat itu malaikat Jibril turun dari syurga dan mewahyukan kepada rasul bahwa Allah akan memilih di antara jubah-jubah yang robek itu; selanjutnya malaikat Jibril mengangkat satu daripada jubah dan menggantungkannya di singgahsana Allah. Berdasarkan ini, kaum sufi mengenakan jubah kasar dan menyebut dirinya fuqara atau kaum "faqir".

IBN ATHAILLAH:
Tidak semua sufi memakai jubah dan pakaian kasar. Lihatlah apa yang aku pakai (sekarang), apakah engkau tidak bersetuju dengan penampilanku? (Ketika itu Ibn Athaillah memakai pakaian yang cantik. Ini menolak dakwaan bahawa semua ahli sufi berpakaian buruk dan selekeh pada setiap masa)

IBN TAYMIYAH:
Tapi engkau adalah ulama syariat dan mengajar di Al Ahzar.

IBN ATHAILLAH:
Al Ghazali adalah seorang imam syariat mahupun tasawuf. Dia mengamalkan fiqh, sunnah, dan syariat dengan semangat seorang sufi. Dan dengan cara ini, dia mampu menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama. Kita tahu bahwa dalam tasawuf, noda tidak memiliki tempat dalam agama dan bahawa kesucian merupakan ciri daripada kebenaran. Sufi yang tulus dan sejati kena menyuburkan hatinya dengan kebenaran yang ditanamkan ahli sunnah.

Dua abad yang lalu muncul fenomena sufi palsu yang engkau sendiri telah mengecam dan menolaknya,  di mana sebahagian orang mengurangi kewajiban beribadah dan peraturan keagamaan, melonggarkan berpuasa dan melecehkan pengamalan solat wajib lima kali sehari. Ditunggangi kemalasan dan ketidakpedulian, mereka mendakwa telah bebas daripada belenggu kewajiban beribadah. Begitu dahsyatnya tindakan mereka hinggakan Imam Qusyairi sendiri mengeluarkan kecaman dalam bukunya ar Risalah ( Risalah al- Qusyairiyah ).

(Para sufi palsu inilah yang sepatutnya ditentang oleh Ibn Taymiyah, dan memang beliau ada usaha ke arah itu. Tapi yang menjadi masalahnya ialah Ibn Taymiyah sendiri tidak ada “basic” yang kukuh dalam tasauf kesufian menyebabkan beliau kadang-kadang termenentang dunia sufi yang benar. Niatnya baik, tetapi ilmunya tidak memadai.

Sahabatku yang bijaksana, menterjemahkan naskhah secara harfiah kadang-kadang menyebabkan kekeliruan. Pentafsiran harfiahlah yang mendasari penilaian engkau terhadap Ibn Arabi, salah seorang imam kami yang terkenal akan kesolehannya. Engkau tentunya faham bahwa Ibn Arabi menulis dengan gaya simbolik; sedangkan para sufi adalah pakar-pakar dalam menggunakan bahasa simbolik yang mengandung makna lebih dalam dan gaya hiperbola yang menunjukkan tingginya kepekaan spiritual serta kata-kata yang menghantarkan rahsia mengenai fenomena yang tak nampak.



(Biasanya manusia yang tidak dilatih dengan jalan tasauf tidak dapat memahami kata-kata dan istilah para sufi. Bahasa sufi sangat tinggi, penuh simbolik dan membawa maksud yang berlainan sama sekali dengan bahasa harian manusia.
Ibn Taymiyah tidak menerima tarbiyyah melalui jalan kesufian, maka banyak perkara yang tidak difahaminya tentang dunia sufi. Inilah yang menyebabkan beliau kadang-kadang termenentang perkara-perkara yang benar.
Samalah keadaannya seperti seorang ahli sains yang ingin menyampuk perbicaraan antara dua orang Sasterawan Negara. Ahli sains tadi biasanya pasti akan tersalah faham dengan apa yang diperkatakan.
Samalah seperti seperti seorang rakyat Negara China yang belajar Bahasa Melayu di sana, kemudian datang ke Malaysia. Di Malaysia dia menyaksikan latihan silat sebuah perguruan. Kemudian apabila pulang, dia menulis sebuah artikel menunjukkan bahawa bangsa Melayu sendiri sudah banyak yang tidak menguasai bahasa ibunda mereka. Sebenarnya dia yang salah faham.
Apabila ahli-ahli silat buat gerakan ke atas lawan, mereka namakan “buah”. Orang China tadi mengkritik penggunaan perkatan “buah’ kerana  mengikut ilmu Bahasa Melayunya, “buah” ialah untuk buah-buahan, bukannya untuk gerakan memukul, menjatuhkan dan mengunci.
Begitu juga apabila ahli silat diminta menyerang maka disebut “masuk”. Dalam artikelnya, orang China itu menulis- sepatutnya perkataan “masuk” hendaklah digantikan dengan “serang”.
Kesimpulannya, dia menghukum orang-orang Melayu tadi melakukan kesalahan bahasa.
Begitulah yang terjadi kepada Ibn Taymiyah. Tapi yang peliknya, kesilapan Ibn Taymiyah ini masih diteruskan pula oleh puak-puak yang mengaku mencontohinya pada hari ini)

bersambung ke bahagian ke-4

DILAOG IBN ATHAILLAH- IBN TAYMIYAH (bah. 2)

November 7th, 2007 by aerstu

Aku kenal betul dengan segala inklusifitas dan gambaran mengenai sekolah fiqh yang didirikan oleh syeikh engkau, Imam Ahmad (pengasas Mazhab Hanbali), dan aku tahu betapa luasnya teori fiqih serta mendalamnya "prinsip-prinsip agar terhindar daripada godaan syaitan" yang engkau miliki, sebagaimana juga tanggung jawab moral yang engkau pikul selaku seorang ahli fiqh.

Aku kenal betul dengan segala inklusifitas dan gambaran mengenai sekolah fiqh yang didirikan oleh syeikh engkau, Imam Ahmad (pengasas Mazhab Hanbali), dan aku tahu betapa luasnya teori fiqih serta mendalamnya "prinsip-prinsip agar terhindar daripada godaan syaitan" yang engkau miliki, sebagaimana juga tanggung jawab moral yang engkau pikul selaku seorang ahli fiqh.

Namun aku juga menyedari bahawa engkau dituntut menyelidik di sebalik kata-kata untuk menemukan makna yang seringkali terselubung di sebalik kondisi harfiahnya.

Bagi sufi, makna laksana ruh, sementara kata-kata adalah jasadnya. Engkau kena menembus ke dalam jasad fizik ini untuk meraih hakikat yang mendalam. Kini engkau telah memperoleh dasar bagi pernyataan engkau terhadap karya Ibn Arabi (seorang tokoh sufi besar yang sering dikaitkan oleh musuh-musuhnya, dan orang-orang jahil di kemudian hari dengan Wahdatul Wujud, padahal beliau sendiri tidak pernah menyebut istilah tersebut), Fususul Hikam. Naskhah tersebut telah disabotaj oleh musuhnya, bukan saja dengan kata-kata yang tak pernah diucapkannya, juga kenyatan-kenyataan yang tidak (pernah) dimaksudkannya. (Lebih malang lagi, banyak pula orang-orang jahil hari ini yang mempercayai segala sabotaj musuh-musuh Ibn Arabi tersebut secara taqlid buta)

Ketika Syeikhul Islam Al Izz ibn Abdul Salam memahami apa yang sebenarnya yang diucapkan dan dianalisis oleh Ibn Arabi, menangkap dan mengerti makna sebenarnya di sebalik ungkapan simboliknya, dia segera memohon ampun kepada Allah swt atas pendapatnya sebelum itu dan meletakkan Muhyiddin Ibn Arabi sebagai Imam Islam.
(Sebelum itu Izz Abdul juga bersikap seperti Ibn Taymiyah, menentang Ibn Arabi dan karyanya. Biasalah, kebanyakan manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu, apa yang dia belum tahu kerana tidak cukup maklumat, atau tersalah faham, atau memang jahil, atau berlagak pandai, atau taqlid buta dengan buku atau tokoh yang diminatinya, atau ingin menjadi hero segera, atau disalahfahamkan oleh orang lain dan sebagainya. Jelas dalam hal ini Ibn Taymiyah tidak membuat kajian mendalam terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa/ pendapatnya tentang Ibn Arabi serta karya-karyanya)

Sedangkan mengenai kenyataan al Syazili yang menjatuhkan (kredibiliti) Ibn Arabi, engkau kena tahu, ucapan tersebut tidak keluar daripada mulutnya melainkan daripada salah seorang murid Syadziliyah.
Lebih jauh lagi, kenyataan itu dikeluarkan ketika para murid membicarakan (perilaku) sebahagian (daripada) pengikut Syadziliyah.
Dengan itu, kenyataan itu diambil dalam konteks yang tak pernah dimaksudkan oleh sang pembicaranya sendiri.
(Sebelum itu Ibn Taimiyah mengukuhkan penolakannya terhadap Ibn Arabi melalui kenyataan yang kononnya dibuat oleh Imam asy Syazili. Rupa-rupanya Ibn Taymiyah menerima maklumat yang salah. Beberapa kali Ibn Taimiyah membuat keputusan tanpa kajian yang mendalam dalam banyak hal. Kelemahannya inilah antara penyebab dia dipenjarakan)

"Apa pendapat engkau mengenai khalifah Saidina Ali bin Abi Talib?"

IBN TAYMIYAH:
Dalam salah satu hadithnya, Rasulullah saw bersabda:
"Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya".
Sayyidina Ali adalah merupakan seorang mujahid yang tak pernah keluar dari pertempuran kecuali dengan membawa kemenangan. Siapa lagi ulama atau fuqaha sesudahnya yang mampu berjuang demi Allah menggunakan lidah, pena dan pedang sekaligus? (Tapi Ibn Taymiyah sendiri seorang tokoh yang berjuang melalui lidah, pena dan pedang sekaligus). Dialah sahabat rasul yang paling sempurna-semoga Allah membalas kebaikannya. Ucapannya bagaikan cahaya lampu yang menerangi sepanjang hidupku selepas al Quran dan sunnah. Duhai! Seseorang yang meski sedikit perbekalannya namun panjang perjuangannya.

IBN ATHAILLAH:
Sekarang, apakah Imam Ali ra meminta agar orang-orang berpihak padanya dalam suatu paksi?
Sementara paksi ini mendakwa bahwa malaikat Jibril melakukan kesalahan dengan menyampaikan wahyu kepada Muhammad saw, bukannya kepada Ali!
Atau pernahkah dia ( Ali) meminta mereka untuk menyatakan bahwa Allah menitis ke dalam tubuhnya dan sang imam menjadi Tuhan?
Ataupun dia tidak menentang dan membanteras mereka dengan memberikan fatwa (ketentuan hukum) bahawa mereka harus dibunuh di manapun mereka ditemui?
(Ini bicara tentang kelompok Syiah yang ekstrem)

IBN TAYMIYAH:
Berdasarkan fatwa inilah saya memerangi mereka di pegunungan Syria selama lebih daripada 10 tahun. (Mellaui jawapan ini jelas Ibn Taymiyah bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ibn Athaillah).

IBN ATHAILLAH:
Dan Imam Ahmad- semoga Allah meredhainya-mempersoalkan perbuatan sebahagian pengikutnya yang berpatroli, memecahkan tong-tong anggur (di kedai-kedai menjual arak), menumpahkan isinya ke lantai, memukul gadis para penyanyi, dan menyerang masyarakat di jalan.
Meskipun sang Imam tidak memberikan fatwa bahawa mereka harus mengecam dan mengherdik orang-orang tersebut. Konsekuensinya para pengikutnya ini dicambuk, dilempar ke penjara dan diarak di punggung keldai dengan menghadap ekornya (duduk secara terbalik).
Apakah Imam Ahmad bertanggung jawab atas perbuatan buruk yang kini kembali dilakukan pengikut Hanbali, dengan alasan melarang benda atau hal-hal yang diharamkan?

(Kesalahan pengikut tidak semestinya dipertanggungjawabkan kepada pemimpin. Ini kerana ada pengikut yang berfahaman dan bertindak di luar daripada fahaman dan tindakan pemimpin.
Apabila kita menegur kesalahan para Syiah yang ekstrem ini, mereka membalas dengan mendakwa kita menentang Saidina Ali dan ahlul bait.
Apabila kita menegur kesalahan  tariqat-tariqat sufi yang sesat, mereka membalas dengan mendakwa kita menentang Al Ghazali dan Ibn Arabi.
Apabila kita menegur kesalahan para Salafi yang ekstrem hari ini iaitu kaum Wahabi, mereka membalas dengan mendakwa kita menentang Ibn Taymiyah dan menolak kitab Tauhid Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
Begitulah antara kaedah psikologi puak-puak yang rosak ini untuk menegakkan benang basah dan meneruskan hidupnya fahaman mereka)

Dengan itu, Syeikh Muhyidin Ibn Arabi tidak bersalah atas pelanggaran yang dilakukan oleh para pengikutnya yang melepaskan diri daripada ketentuan hukum dan moral yang telah ditetapkan agama serta melakukan pebuatan yang dilarang agama.
Apakah anda tidak memahami hal ini?

IBN TAYMIYAH:
(Ibn Taimiyah tidak menjawab soalan tersebut kerana apa yang diperkatakan oleh Ibn Athaillah memang benar, dan Ibn Taymiyah memahaminya)

bersambung ke bahagian ke-3

DIALOG IBN ATHAILLAH – IBN TAYMIYAH (bah.1)

November 7th, 2007 by aerstu

(Petikan adalah bersumberkan dari:

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/ )

Asy-Syeikh Ibn Athaillah merupakan seorang ahli sufi, ahli hadith, ahli fiqh Mazhab Maliki dan seorang khalifah Tariqat Syazilliyah. Antara karyanya yang termasyhur ialah kitab Hikam.

DIALOG IBN ATHAILLAH – IBN TAYMIYAH

Asy-Syeikh Ibn Athaillah merupakan seorang ahli sufi, ahli hadith, ahli fiqh Mazhab Maliki dan seorang khalifah Tariqat Syazilliyah. Antara karyanya yang termasyhur ialah kitab Hikam.
Satu ketika Syeikh Ibn Taymiah telah diampunkan sultan lalu dibebaskan. Sebaik sahaja dibebaskan, beliau dari Iskandariah terus kembali ke Kaherah lalu solat Maghrib di Masjid Al Azhar. Kebetulan yang mengimamkan solat ialah Syeikh Ibn Athaillah. Nampaknya Ibn Taimiah tidak ada masalah untuk berimamkan seorang ahli sufi. Kalau benarlah Ibn Taimiyah membid’ahkan pegangan dan fahaman tariqat, mengapa mudah-mudah saja beliau menjadi makmum kepada Ibn Athaillah?
Selesai solat Ibn Athaillah terpandang Ibn Taymiyah di belakangnya lalu menegurnya. Merekapun bersembang bertukar-tukar fikiran. Berikut adalah antara dialog mereka:

IBN ATHAILLAH:
Biasanya aku solat di masjid Imam Hussein dan solat Isya’ di sini, tapi lihatlah bagaimana ketentuan Allah berlaku. Allah mentakdirkan akulah orang pertama yang menyambut engkau (selepas dibebaskan dari penjara dan datang ke mari). Ceritakanlah kepadaku wahai faqih, apakah engkau menyalahkan aku atas apa yang telah terjadi?

IBN TAYMIYAH:
Aku tahu, engkau tidak berniat buruk terhadapku, tapi perbezaan pandangan antara kita tetap ada. Mulai hari ini, dalam masalah apapun  aku tidak mempersalahkan dan membebaskan daripada kesalahan, sesiapapun yang melakukan keburukan terhadapku.
(Ini menunjukkan betapa tingginya budi Ibn Taymiyah)

IBN ATHAILLAH:
Apa yang engkau tahu tentang aku wahai Syeikh Ibn Taymiyah?

IBN TAYMIYAH:
Aku tahu engkau adalah seorang yang soleh, berpengetahuan luas, dan sentiasa berkata yang benar dan tulus. Aku bersumpah tidak ada orang selain engkau, baik di Mesir mahupun  di Syria yang lebih mencintai Allah ataupun mampu meniadakan diri di (hadapan) Allah atau lebih patuh atas perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Namun kita tetap mempunyai pandangan yang berbeza.
(Walaupun mereka berbeza pandangan dalam aspek-aspek tertentu, namun Ibn Taymiyah sangat menghormati Ibn Athaillah bahkan mengakui kredibilitinya. Keadaan ini jauh berbeza dengan fahaman dan perilaku sebahagian orang hari ini yang mendakwa peminat Ibn Taymiyah. Semua tulisan dalam kurungan adalah penjelasan Alexanderwathern)

Apa yang engkau tahu tentang aku?
Apakah engkau atau aku sesat- dalam menolak kebenaran meminta bantuan seseorang untuk memohon pertolongan Allah (dalam kes istighatsah)?

IBN ATHAILLAH:
Tentu saja sahabatku engkau tahu bahwa istighatsah atau memohon pertolongan sama dengan tawasul atau mengambil wasilah (pengantara) dan meminta syafaat, dan sesungguhnya Rasulullah saw adalah seorang yang kita harapkan bantuannya kerana bagindalah pengantara kita dan syafaatnyalah yang kita harapkan.

IBN TAYMIYAH:
Dalam hal ini aku berpegang kepada sunnah Rasul yang ditetapkan dalam syariat.
Dalam hadith yang berbunyi: “Aku telah dianugerahkan kekuatan syafaat.” Dalam ayat al Quran juga dinyatakan: "Mudah-mudahan Allah akan menaikkan kamu (wahai Nabi) ke tempat yang terpuji.” (Q.S Al Isra : 79).
Yang dimaksud dengan tempat terpuji adalah syafaat. Lebih jauh lagi, saat ibu kepada Khalifah Ali ra meninggal dunia, Rasulullah berdoa kepada Allah di kuburnya:
"Ya Allah Yang Maha Hidup dan Tak Pernah Mati, Yang Menghidupkan dan Mematikan, ampuni dosa-dosa ibuku (ibu saudaraku) Fatimah binti Asad, lapangkanlah kubur yang akan dimasukinya dengan syafaatku, utusanMu, dan para nabi sebelumku. Karena Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun".

Inilah syafaat yang dimiliki Rasulullah saw. 
Sementara mencari pertolongan daripada selain Allah, merupakan suatu bentuk kemusyrikan. Rasulullah saw sendiri melarang sepupunya, Abdullah bin Abbas, memohon pertolongan daripada selain Allah.

IBN ATHAILLAH:
Semoga Allah mengurniakan engkau kejayaan, wahai faqih! Maksud daripada teguran Rasulullah saw kepada sepupunya Ibn Abbas, adalah agar dia (Ibn Abbas) mendekatkan diri kepada Allah bukan (dengan jalan) melalui kekerabatannya dengan rasul melainkan dengan ilmu pengetahuan.
(Sangat jelas maksud teguran Rasulullah kepada Ibn Abbas tersebut. Nyatalah selama ini Ibn Taimiyah tersalah faham)

Sedangkan mengenai pemahaman engkau tentang istighasah sebagai mencari bantuan kepada selain Allah- yang termasuk perbuatan musyrik, aku ingin bertanya kepada engkau:
Adakah muslim yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya yang berpendapat -ada selain Allah yang memiliki kekuasaaan atas segala kejadian dan mampu menjalankan apa yang telah ditetapkan-Nya berkenaan dengan dirinya sendiri?
(Jawapannya… tentulah tidak ada. Apa yang berlaku semuanya dengan kekuasaan Allah. Allah berkuasa, makhluk langsung tak ada apa-apa).
Adakah mukmin sejati yang meyakini, ada yang dapat memberikan pahala atas kebaikan dan menghukum atas perbuatan buruk, selain daripada Allah?
(Jawapannya, tidak ada juga)
Di samping itu, seharusnya kita sedar bahawa ada berbagai ekspresi yang tak dapat dimaknai sebatas harfiah belaka. Ini bukan saja dikhuatirkan akan membawa kepada kemusyrikan, tapi juga untuk mencegah  kemusyrikan.
Sebab, siapapun yang meminta pertolongan Rasul bererti mengharapkan anugerah syafaat yang dimiliknya daripada Allah, sebagaimana jika engkau mengatakan: "Makanan ini memuaskan seleraku".
Apakah itu bermaksud makanan itu sendiri yang memuaskan selera engkau? Ataupun Allahlah yang memberikan kepuasan melalui makanan?
(Meminta bantuan kepada seseorang itu tidak semestinya bermaksud kita menduakan Allah, tidak semestinya menjadikan kita syirik. Samalah seperti seorang suami  berkata kepada isterinya, “Sayang, tolong gorengkan ayam untuk abang.” Adakah ini bermaksud isterinya yang berkuasa mutlak menjadikan ayam itu digoreng? Tentu tidak. Yang berkuasa mutlak hanyalah Allah, si isteri sebagai pengantara sahaja, sebagai tukang proses sahaja)

Sedangkan kenyataan engkau bahwa Allah melarang orang Islam untuk mendatangi seseorang selain daripada Diri-Nya untuk mendapat pertolongan, pernahkah anda melihat seorang muslim memohon pertolongan kepada selain Allah?


Ayat Al Quran yang engkau rujuk (sebenarnya) berkenaan dengan kaum musyrikin, dan mereka yang memohon kepada dewa, dan berpaling daripada Allah (tidak ada kena –mengena pun dengan kes tersebut). Sedangkan satu-satunya jalan bagi kaum muslim yang meminta pertolongan rasul adalah dalam rangka bertawasul atau mengambil pengantara, atas keutamaan (hak) rasul yang diterimanya daripada Allah (bihaqqihi inda Allah) dan tashaffu atau memohon bantuan dengan syafaat yang telah Allah anugerahkan kepada rasul-Nya.

Sementara itu, jika engkau berpendapat bahawa istighasah atau memohon pertolongan itu dilarang syariat karena mengarah kepada kemusyrikan, maka kita seharusnya mengharamkan anggur karena dapat dijadikan (mengarah kepada terhasilnya) minuman keras, dan mengembiri lelaki yang tidak menikah untuk mencegah zina (kerana ia mengarah kepada terhasilnya zina).

*Kedua-dua syeikh tertawa atas ulasan terakhir ini.

bersambung ke bahagian ke-2

PERTANYAAN NON-MUSLIM

August 18th, 2007 by aerstu

Untuk tahu itu semua kita tetap memerlukan alat, dan alat untuk mengetahui semua perkara-perkara ghaib tersebut adalah KITAB SUCI iaitu Al Quran- The Last Testament. Itulah alat yang dibekalkan oleh Tuhan untuk kita memahami itu semua. Tapi kalau kita tidak mahu menggunakan alat, mana mungkin kita memahami apa yang kita persoalkan itu?
———————————————————————————-
Petikan bersumberkan dari :

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=196
———————————————————————————-
SOALAN OLEH ALMADARINA

Assalamualaikum semua..

hari-hari asik kene tanya ngan non muslim jer pasal agama Islam..pening kepala nak pikir jawapan..cabaran hidup dan dugaan bagi saya..tapi yang susah bila tak tau nak jawab…klu orang muslim tanya ngan orang muslim..senang bagi saya nak jawab tp klu non muslim tanya pasal agama Islam..so kene jawab guna dalil aqli (logik akal)..supaya die tau agama islam itu indah bukan satu bebanan tul tak?

saper-saper nak tolong saya bagi jawapan…saya amat mengalu-alukan..hari itu salah seorang student saya tanya pasal kenapa orang lelaki muslim tak boleh pakai emas?so cam ner nak jawab..

ader jugak soalan-soalan lain diorang tanya..alhamdulillah boleh jawab..tapi klu ader idea lain..boleh jer bagi tau saya..
student saya tak caya ader ker manusia yang tak pernah buat dosa macam nabi muhammad?
macam mana Allah tu?
kenapa orang muslim perlu bersunat?
kenapa perempuan muslim ader yang bertudung dan tidak bertudung?

kite sebagai umat islam kene betul2 memahami agama Islam sebaik-baiknya..bukan sekadar taklid semata2..bukan kerana ibubapa kiter beragama islam..so dalamilah ilmu agama Islam selagi kite umat nabi muhammad.

syukran jazillan kepada sesiapa yang hendak membantu..

syukran kulim kerana memberi pandangannya..betul jugak aper kulim kata 2…tapi kebiasaannya non muslim nie sentiasa sajer tanya macam2..macam student saya….diorang nie berminat nak tau pasal agama Islam…tapi diorang banyak kemusykilannye…knp tak boleh minum arak? kenapa tak boleh makan babi?bile kite memberi jawapannyer pasti ada alasan lain…kami minum arak sikit jer..makan babi sikit jer…

nielah pengalaman yang memang saya sedang alami…pelbagai soalan-soalan yang mereka berikan mencabar kite sebagai penganut agama Islam..so saya terpaksa memberi jawapan yang terbaik untuknyer agar diorang tak confius tentang agama Islam…

ader sesiapa lagi nak bagi pandangan..idea…nanti boleh la saya bagi tau student saya yang non muslim knp agama Islam menyuruh kite berbuat demikian…so dengan pelbagai pandangan yang anda berikan, bolehla membantu saya sedikit demi sedikit…

syukran jazillan…

PANDANGAN ALEX

Wlksm Almadarina.

PERSOALAN EMAS
Salah satu hikmat mengapa lelaki tidak dibenarkan memakai emas adalah kerana Islam mahu menyanjung wanita. Emas adalah antara benda paling berharga di dunia ini, maka Tuhan mengkhususkannya untuk wanita sebagai memuliakan mereka. Walau sehebat manapun lelaki, hiasan terhebat di dunia iaitu emas tidak boleh mereka pakai. Ini melambangkan betapa Islam meletakkan wanita di tempat yang tinggi.

Kita semua telah sedia maklum bahawa keupayaan atau kemampuan anggota tubuh badan kita ini sangat terbatas. Mata manusia sangat terbatas kemampuannya. Ia tidak boleh melihat apa yang ada di sebalik dinding. Untuk melihat apa yang ada di sebalik dinding, kita mestilah menggunakan alat. Contohnya periskop-yang digunakan oleh kapal selam, ataupun kita gunakan satelit, cermin dan sebagainya.

Telinga kita juga sangat terbatas. Ia tidak dapat mendengar perbualan sejauh 2 kilometer. Untuk mendengar sejuah itu, kita mestilah menggunakan alat, contohnya telefon.
Keupayaan kaki kita pun sangat terbatas. Untuk sampai ke Ipoh dari Kuala Lumpur dalam masa 2 jam sahaja, maka kita terpaksa menggunakan alat. Contohnya naik kereta, naik motor ataupun naik tikar terbang.

Jadi kita faham, semua yang ada pada diri kita sebagai manusia adalah sangat terbatas keupayannya. Betulkan?

Begitulah jugak dengan otak kita. Kemampuan otak kita AMAT TERBATAS. Untuk memikirkan siapakah pencipta alam semesta, dari mana kita datang sebelum kita dilahirkan, bagaimana kehidupan sesudah mati, bagaimana syurga neraka, mengapa itu boleh ini tak boleh dan pelbagai perkara lagi… maka kita tidak akan dapat menghuraikannya kalau sekadar menggunakan otak yang kemampuannya terbatas itu. Orang yang cuba memahami semua itu HANYA dengan kemampuan otak samalah seperti percaya yang mata boleh melihat sejauh 100 kilometer, dia boleh berjalan kaki dari Singapura ke Kuala Lumpur dalam masa 3 jam sahaja, telinganya boleh mendengar perbualan dari Amerika tanpa sebarang alat dan lain-lain. Pasti ini semua tidak masuk akal.

Untuk tahu itu semua kita tetap memerlukan alat, dan alat untuk mengetahui semua perkara-perkara ghaib tersebut adalah KITAB SUCI iaitu Al Quran- The Last Testament. Itulah alat yang dibekalkan oleh Tuhan untuk kita memahami itu semua. Tapi kalau kita tidak mahu menggunakan alat, mana mungkin kita memahami apa yang kita persoalkan itu?

Selain itu, kita terangkan juga, kebenaran sesuatu agama itu mestilah dilihat kepada asasnya. Kalau asasnya terbukti tidak benar, maka hal-hal cabangannya tidak perlulah dibicarakan lagi. Kalau terbukti ASASNYA benar, maka barulah persoalan cabangannya kita telusuri.
Ibarat pokok, kalau akar dan batangnya sudah reput, apalah yang diharapkan kepada rantingnya? Kerosakan akar dan batang menyebabkan bahagian-bahagian lain turut rosak. Tapi kalau akar dan batangnya masih elok, hanya rantingnya yang buruk, pokok itu masih berupaya hidup. Begitulah tamsilannya.

Jadi, asas bagi setiap agama adalah kitab sucinya dan Tuhannya. Kalau benar kitab suci dan benar konsep Tuhannya, barulah kita berpindah kepada persoalan ranting seperti persoalan lelaki memakai emas. Untuk pihak yang bertanya, cuba buka minda mereka dengan cara ini. Perbandingan agama Islam dengan kepercayaan mereka terpaksa dibuat untuk memberikan pemahaman semaksimum mungkin. Sila guna kaedah perbandingan. Akhirnya nanti mereka tidak boleh menolak kebenaran Islam dan menafikan kebengkokan anutan mereka.

PERSOALAN NABI MUHAMMAD TIDAK BERDOSA
Nabi Muhammad bersifat maksum. Sefaham saya maksum bermaksud kesalahan-kesalahannya jika ada automatik diampunkan Tuhan, malah sedar awal. Ringkasnya, tidak pernah melakukan dosa. Maksudnya, baginda masih tersalah dalam beberapa hal, etapi keslahannya itu diampunkan sedari awal lagi.

ALLAH ITU MACAM MANA?
Untuk menghuraikan Allah, amat panjang ceritanya. Boleh dibaca dalam siri kuliah ilmu tauhid yang bakal saya muatkan di blog saya nanti. Zat Allah tidak boleh difikir dan dibayang manusia kerana Dia sangat hebat. Sekiranya boleh difikir dan boleh dibayangkan, maka sudah jadi biasa- tidak hebat lagi. Apa saja yang boleh dibayangkan, maka itu bukan Allah. Allah tidak sama dengan apa jua makhluk. Allah tidak berada dalam gelap, Dia juga tidak berada dalam terang. Allah tidak terpengaruh dnegan warna kerana sebelum warna diciptakan, Dia telah sedia ada. Allah tidak terpengaruh dengan tempat, kerana Dia telah sedia ada sebelum tempat dicipta. “Tempat’ itu sendiri adalah makhluk- benda baru diciptakan. Allah telah sedia ada sebelum itu lagi dan zatnya tidak pernah berubah.
Sebelum menjawab soalan ini, biasanya saya suka untuk tahu apa agama si penanya terlebih dahulu. Hal ini akan memudahkan jawapan.

BERSUNAT
Orang Muslim kena bersunat kerana itu perintah Tuhan. Persoalan ini kembali kepada perbincangan ASAS agama. Soal-soal cabangan tangguhkan dulu. Bereskan soal-soal tunjang.
Sebagai pengkayaan, bersunat dapat membuang kotoran yang terhimpun di hujung kemaluan lelaki.Hari ini rata-rata orang Barat bersunat. Para remaja yang pernah bersembang dengan saya memberitahu, hampir semua pelakon filem lucah Barat bersunat. Wallahualam.
Kotoran di hujung kemaluan ini dikenalpasti sebagai punca utama kepada barah rahim (yang bahaya itu). Hinggakan pernah kerajaan Thailand menggalakkan rakyatnya bersunat untuk mengelakkan peningkaan kes barah rahim. Hal ini dilaporkan oleh akhbar kita.

Selain itu, orang–orang terdahulu juga bersunat. Ini boleh kita baca dalam Bible Old Testtament dan New Testament.

MENGAPA ADA WANITA ISLAM YANG TIDAK BERTUDUNG?
Pasal tudung… Sekolah tempat menjadikan orang pandai. Tapi mengapa ada yang pandai dan ada yang tak pandai selepas tamat sekolah?
Dalam mana-mana agama pun, akan ada orang yang baik imannya dan ada yang kurang baik imannya.
Kesalahan umat tidak boleh diletakkan ke atas agama.
Hal ini biasa saya dialogkan dengan umat Kristian.
Almadarina boleh menambah ilmu sekiranya mahu di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic1.html

STUDENT NON-MUSLIM BANYAK PERSOALAN
Halakan skop perbincangan kepada perkara-perkara paling utama dalam agama, persoalan cabang tangguhkan dulu jika boleh. Ini lebih banyak membantu. Bawa kepada persoalan asas iaitu tauhid dan kitab suci.

PERSOALAN ARAK
Islam mempraktikkan kaedah pencegahan yang terbaik iaitu dengan MENUTUP PINTU-PINTU kemaksiatan., tidak sekadar menutup kemaksiatan itu. Sebab itu dalam al-Quran dinyatakan “Jangan MENGAHAMPIRI zina”. Tidak “Jangan berzina”. Maksudnya, apa saja yang berupaya mengarahkan manusia ke arah kemaksiatan dan kerosakan, Islam mencegahnya dari awal. Inilah kaedah pencegahan terbaik.
Dalam kes arak, sedikit saja arak sudah dharamkan. Hal ini menunjukkan sikap berhati-hati agama Islam yang tidak ada pada agama lain.

PERSOALAN BABI
Saya pernah mengumpul bahan sebagai jawapan kepada persoalan pelajar beberapa tahun dahulu. Ini jawapannya:

Pada tahun lepas (2005), seorang pelajar bertanyakan saya jawapan
MENGAPA KITA TIDAK MAKAN KHINZIR?
Berikut adalah bahan-bahan yang berjaya dikumpulkan sebagai jawapannya.

Penerangan
Semua bangsa di seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang menganggap babi/ khinzir sebagai BINATANG YANG PALING HINA lagi menjijikkan. Buktinya, apabila seorang lelaki di Eropah berasa amat marah atau benci kepada seseorang, DIA AKAN MEMAKI “Babi!”. Seorang ibu di negara China dengan niat menghina atau memburuk-burukkan seseorang, dia akan memaki ‘Babi!”. Begitu juga seorang anak kecil di India yang menaruh dendam dan sehabis benci dengan orang lain akan memaki ‘Babi!”. Mengapa tidak dikatakan saja kuda, unta, tikus, arnab dan lain-lain?
Maksudnya di sini, telah ada satu kepercayaan turun-temurun di seluruh dunia yang babi adalah binatang paling hina lagi menjijikkan. Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan mulia di sisi Allah. Dengan sebab itu jugalah ORANG-ORANG YANG MULIA TIDAK akan MEMAKAN binatang atau DAGING YANG paling HINA lagi menjijikkan.

Babi juga merupakan BINATANG YANG PALING KOTOR dan menjadi AGEN KEPADA BANYAK JENIS KUMAN DAN PENYAKIT. Babilah pembawa CACING PITA yang BOLEH MENGAKIBATKAN MAUT itu. Dr. Yoshihiro Kawaoka menjadi pemimpin sekumpulan 12 orang saintis dari Universiti Wisconsin telah menjalankan penyelidikan terhadap babi. Dan hasilnya, terdapat satu sistem di KERONGKONG BABI yang membolehkan PELBAGAI VIRUS BERKUMPUL di dalamnya, dan ia amat berbahaya kepada manusia. Mereka mengisytiharkan babi sebagai “mixing vessel” atau pun “BAHTERA TAKUNGAN KUMAN-KUMAN” sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘Journal of Virology 1997’.

Babi TIDAK ADA LEHER untuk disembelih sebagaimana haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman di dalam badannya tidak dapat dikeluarkan. Bagi Islam, darah adalah najis. Mungkin ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya virus di leher babi sebagaimana pendapat para saintis.

Babi dipercayai berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan kepercayaan kuno yang tidak mustahil ada kebenarannya. Kita ambillah kisahnya sebagai menambah pengetahuan saja. Sewaktu seluruh dunia di tenggelami banjir, Iblis turut berada dalam bahtera Nabi Nuh tersebut. Oleh kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah sarap bersepah di sana-sini. Nabi Nuh minta pertolongan Tuhan untuk membersihkannya lalu Tuhan menyuruh dia mengusap kepala gajah dan terciptalah tikus yang memakan semua kotoran tersebut. Iblis turut berbuat demikian lalu terciptalah pula babi. Maka babi TERCIPTA HASIL KERJA TANGAN IBLIS.

Jika kita membaca BIBLE The New Testament- kitab suci orang Kristian, kita akan dapati peristiwa di mana Jesus (Nabi Isa) telah mengusir roh-roh jahat dari dalam tubuh manusia lalu dimasukkan ke dalam tubuh babi-babi. Ini secara simboliknya bertujuan menunjukkan pengharaman babi.

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:
• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis

Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkahsiat MELAINKAN DAGING BABI.”
Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.”
Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”
Kesimpulannya, tabib-tabib termasyhur dari negara China juga mempunyi pendapat yang sama dengan Islam.

Antara 20 KE 40 JUTA MANUSIA seluruh dunia MAUT akibat jangkitan virus INFLUENZApada awal kurun ke-20. Kajian menunjukkan virus baru ini BERPUNCA DARIPADA BABI-BABI DI AMERIKA. Ia telah menjangkiti askar-askar Amerika dalam Perang Dunia 1 dan kemudiannya dibawa bersama mereka ke negara-negara lain.
Antara VIRUS BARU berpunca daripada babi yang ditemui sejak tahun 1997 ialah kuman Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus), H3N2 Swine Flu Virus dan virus menangle. Alangkah berbahayanya babi kepada umat manusia. Spanish flu 1918, Asian flu 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu 1997 yang mengrobankan banyak jiwa adalah berpunca daripada babi.
Yang hebatnya, VIRUS DARIPADA BABI agak CANGGIH. Ia SENTIASA BERUBAH BENTUK dan menyerang dalam bentuk yang baru. Sistem pertahanan badan manusia tidak dapat melawan serangan virus-virus yang cerdik ini. Ada juga virus daripada keluarga HIV pada babi. Virus ini dibawa oleh DNAnya dan tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, pakar virologi Institut Kajian Kanser London mengatakan, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi memiliki kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."

Jawapan

Kita tidak memakan babi kerana sebab-sebab kemuliaan, agama dan kesihatan.

Sekadar itu bantuan daripada saya yang dhaif. Semoga bermanfaat.

Wallahualam. Wassalam.

Nur Malam

March 18th, 2007 by aerstu

Renungi Malam Ini
Rasa Kesangsian
Ku Kini Berada Di Alam Yang Sunyi
Hanya Bertemankan Bintang Dan Bulan
Di Malam Kelam

Hembusan Angin Bayu
Pastikan Berlalu
Seiring Dosa Lalu Yang Membelengguku
Moga Semalam Jadi Pedoman
Dan Pengajaran

Langkah Kaki Kananku
Menyusuri Rumah Suci
Bermula Episod Baru
Dalam Ketulusan Hati

Bila Hati Menghadap Tuhan
Baru Kusedar Ada Kelemahan
Terasa Kerdil Berbanding Yang Esa
Terharu, Terfikir Betapa Agungnya Tuhan

Tuhanku, Aku Tidak Layak Masuk Syurga-Mu
Namun Tak Berupaya Menghadapi Api Neraka-Mu
Terima Taubatku Dan Ampunkan Dosa-Dosaku

Inginku Ubah Cara Hidupku Yang Lalu
Menjadi Hamba Yang Diredhai Selalu
Tiada Palsu Wahai Tuhanku
Allah Yang Satu

Kuakhiri Sujud Dengan Doa
Semoga Dikabulkan Hajat
Dijauhkan Duka Lara
Kuharap Terimalah Taubat

Sebuah cerita cinta biasa 2

December 11th, 2006 by aerstu

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.

Kemudian mereka
berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si
isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu   abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh

katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh

menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika

disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.


Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu,
kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia  boleh dirasai dalam hati."

Kenapa daging khinzir tidak boleh dimakan?

December 1st, 2006 by aerstu

You want to know?? Good scientific explanation
(Adakah anda ingin tahu. Satu penjelasan saintifik yang bagus)

Peter: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and haraam; what do they mean?
(Terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah ‘Halal dan juga Haram’; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two.
(Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan Perbezaan diantara keduanya.)

Peter: Can you give me an example?
(Boleh awak beri saya contoh?)

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health.
(Ok. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah (kecuali darah ikan dan
belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis
kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu
bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Peter: You’re right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body’s uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination.
(Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid
urik ni.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan,
malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis
daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan)

Yunus: Now I think that you’ll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam.
(Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara
istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)

Peter: What do you mean?
(Apa maksud kamu)

Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the ‘Almighty’, makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact.
(Maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ - organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Peter: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ.
(Jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan
mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such thing.
(Ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak,
binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)

Peter: Again, while on the topic of food;Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.
(Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam ni menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are unclean to you."Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy.. A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be
it pork chops,ham, bacon.
(Sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini , kata Bible ,? Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan,dan bangkainya janganlah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher
jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya.Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia,maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Peter: The medical science finds that there is a risk for various diseases as the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases.
(Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini merupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit)

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig’s biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body.
(Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang
kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)

Wallahu`alam..

Sumber: http://www.raudhah.com/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2195&mode=thread&order=0&thold=0

Isra’ Mikraj

August 30th, 2005 by aerstu

Memperkatakan ‘israk dan mik-raj’ Nabi s.a.w. bukan saja dari segi bagaimana Allah SWT memperjalankan Rasul-Nya dalam peristiwa tersebut, tetapi juga diperkatakan tentang mukjizat yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Mukjizat adalah sesuatu yang mencarik adat dan di luar kemampuan akal fikiran manusia untuk menilainya. Walaupun manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah di muka bumi ini kerana manusia dikurniakan akal fikiran, namun keupayaan akal manusia itu sekadar mana yang Tuhan beri. Dalam perkara mukjizat itu, fikiran dan akal manusia tidak mampu menjangkaunya. Apa yang di luar kemampuan akal manusia menjadikan mereka hilang upaya dan akhirnya buntu. Itulah kedudukan mukjizat di sisi akal manusia yang terbatas. Contoh, sejak dari manusia mengenal api, kesimpulan yang mereka dapat bahawa api itu membakar. Tetapi apabila Nabi Ibrahim Khalilullah dibakar oleh para penentangnya dalam unggun api yang besar, kaumnya terkejut besar apabila mendapati Nabi Ibrahim dalam keadaan selamat dan tidak terjejas. Demikianlah contoh mukjizat yang Allah SWT kurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. membuat akal fikiran para penentangnya buntu, terpegun melihat Nabi Ibrahim segar bugar di dalam nyalaan api yang menjulang. Lemah akal manusia dalam analisa mereka untuk mengetahui apakah sebenarnya hakikat mukjizat itu. Dalam banyak perkara yang manusia tidak mampu mengerti sampai bila-bilapun, ialah peristiwa agung ‘Israk Mikraj’ yang berlaku pada batang tubuh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimana Nabi s.a.w. sebagai manusia biasa boleh naik ke langit yang tertinggi dengan begitu pantas, tanpa sebarang persiapan dan peralatan, kecuali seekor ‘buraq’ yang menjadi kenderaan dan pesawat angkasa. Menjelajahi alam angkasa raya, bahkan lebih tinggi. Kemudian Nabi s.a.w. turun semula ke bumi dan pulang ke Makkah, memberitahu orang ramai tentang peristiwa yang dilaluinya. Bingung akal manusia untuk mengerti tentang mukjizat israk mikraj itu. Maksud ‘Israk’ ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud ‘Mikraj’ ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa kepada beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama ‘Sidratul Muntaha’ di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya. Tarikh peristiwa israk mikraj itu berlaku tidak dapat dipastikan dengan tepat, ahli sejarah menganggap peristiwa terhormat yang berlaku kepada Nabi s.a.w. itu sebagai ‘khilaf’ dari segi tarikhnya. Sebahagian ahli sejarah menyebut pada tahun kesepuluh selepas kenabian, namun ada juga yang mengatakan selepas lari tahun tersebut iaitu tahun kesebelas. Pokok persoalan yang penting diperkatakan ialah tentang peristiwa israk dan mikraj itu sememangnya berlaku ke atas diri Nabi s.a.w. sebelum daripada Nabi berhijrah ke Madinah. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi s.a.w. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu. Ada pihak yang menimbulkan pertanyaan, adakah israk mikraj Nabi s.a.w. itu berlaku hanya roh sahaja iaitu kejadian seperti mimpi? ataupun kejadian sebenar dengan roh dan jasad Nabi sekali? Hampir keseluruhan umat Islam dan para ulama’nya mengatakan bahawa Nabi s.a.w. di israk dan di-mikrajkan oleh Allah SWT dengan jasad dan rohnya sebagai suatu mukjizat dan kemuliaan dariNya. Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan peristiwa israk mikraj itu dengan panjang lebar. Di antara yang disebut oleh Bukhari ialah pada suatu ketika Nabi sedang duduk ditepi Ka’bah, lalu didatangkan oleh malaikat Jibril seekor "Buraq". Dari segi bahasa buraq bererti "kilat cahaya". Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari himar dan kecil sedikit dari baghal. Bagaimanapun ia dijadikan oleh Allah SWT bukan jenis berdarah, berdaging dan tulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan dari cahaya. Hikmah dijadikan buraq yang berfungsi sebagai kenderaan dan pesawat angkasa menyerupai seekor binatang walaupun unsur kejadiannya daripada cahaya, adalah bagi memudahkan Nabi s.a.w. memahami tujuan Jibril datang membawa makhluk menyerupai haiwan untuk dikenderai oleh Nabi s.a.w. dalam peristiwa israk mikraj. Kerana kenderaan yang lazim digunakan oleh manusia pada ketika itu ialah haiwan sama ada unta atau kuda dan seumpamanya. Buraq mempunyai kelajuan yang luar biasa iaitu selangkah kakinya memacu, bergerak sejauh mata memandang. Sesuai dengan hakikat ‘zat’ lembaga buraq yang dijadikan oleh Allah SWT dari cahaya. Ahli sains juga mendapati bahawa pergerakan yang paling pantas di alam maya ini ialah cahaya. Dalam kelajuan seperti cahaya, membolehkan Nabi s.a.w. tiba di Masjid al-Aqsa Baitul Maqdis, alam waktu yang singkat. Sungguh menakjubkan apabila Nabi s.a.w. mengenderai kenderaan dengan kelajuan cahaya tanpa memakai pakaian khas, sedangkan kenderaan buraq itu juga menjadi pesawat yang menembusi angkasa lepas dalam peristiwa mikraj, yang membelah lapisan-lapisan langit menuju ke tempat maha tinggi yang tidak mampu di sebut dengan bahasa manusia. Inilah yang dimaksudkan dengan mukjizat israk mikraj yang tidak mampu difikirkan oleh otak dan akal manusia. Hikmah buraq dicipta oleh Allah SWT menyerupai seekor binatang, besar sedikit dari himar dan kecil sedikit dari baghal ialah sebaik saja Nabi s.a.w. tiba di Baitul Maqdis, baginda singgah di Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat dua rakaat, iaitu solat tahiyyatul masjid. Mengenai Nabi s.a.w. mendirikan solat tahiyyatul masjid dalam peristiwa israk mikraj, setelah menempuh perjalanan yang jauh dari Makkah ke Baitul Maqdis di Palestin. Ada pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa tersebut, terutama bagi orang yang musafir jauh, telah menjadi kelaziman menjadikan masjid tempat persinggahan, ada yang singgah semata-mata hendak buang air, atau mandi-manda bagi menghilangkan keletihan. Orang mukmin yang memahami fungsi masjid, selepas mereka menunaikan segala hajatnya, sudah pasti mereka tidak lupa menunaikan solat sama ada solat fardhu ataupun solat tahiyyatul masjid. Tetapi tidak kurang juga mereka yang tidak tahu menghormati masjid, mereka semata-mata menjadikan masjid ketika terdesak untuk buang air, kemudian beredar meninggalkan masjid berkenaan tanpa melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, seolah-olah mereka hanya mengambil kesempatan ketika terdesak, tetapi tidak tahu mengucap terima kasih dengan tuan rumah itu setelah hajat mereka selesai. Selepas Nabi s.a.w. menunaikan solat dua rakaat di Masjid al-Aqsa, lalu Jibril membawa dua buah bejana yang mengandungi arak dan yang satu lagi mengandungi susu. Ketika arak belum di haramkan oleh Allah SWT, pengharamannya ialah setelah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah. Kedua minuman itu diletakkan di hadapan Nabi s.a.w., tidak menjadi kesalahan sekiranya Nabi mengambil arak kerana ketika itu ia belum diharamkan. Tetapi Nabi s.a.w. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tidak mengambil bejana berisi arak. Lalu Jibril memberi ucap tahniah kepada Nabi s.a.w. kerana membuat pilihan tepat, iaitu mengambil minuman yang sesuai dengan fitrah manusia. Sekalipun arak boleh diminum ketika itu, tetapi ia adalah minuman yang tidak sesuai dengan tabi’e manusia. Arak boleh merosakkan akal manusia, sebab itu akhirnya Allah SWT mengharamkan arak yang menjadi ibu segala maksiat itu. Sedangkan susu adalah minuman sejak manusia (bayi) dilahirkan, dan ia menjadi minuman semua peringkat umur.

sumber: http://www.zakatns.com.my/bm/tazkirah/peristiwaisrakmikraj.htm