Archive for August, 2007

PERTANYAAN NON-MUSLIM

Saturday, August 18th, 2007

Untuk tahu itu semua kita tetap memerlukan alat, dan alat untuk mengetahui semua perkara-perkara ghaib tersebut adalah KITAB SUCI iaitu Al Quran- The Last Testament. Itulah alat yang dibekalkan oleh Tuhan untuk kita memahami itu semua. Tapi kalau kita tidak mahu menggunakan alat, mana mungkin kita memahami apa yang kita persoalkan itu?
———————————————————————————-
Petikan bersumberkan dari :

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=196
———————————————————————————-
SOALAN OLEH ALMADARINA

Assalamualaikum semua..

hari-hari asik kene tanya ngan non muslim jer pasal agama Islam..pening kepala nak pikir jawapan..cabaran hidup dan dugaan bagi saya..tapi yang susah bila tak tau nak jawab…klu orang muslim tanya ngan orang muslim..senang bagi saya nak jawab tp klu non muslim tanya pasal agama Islam..so kene jawab guna dalil aqli (logik akal)..supaya die tau agama islam itu indah bukan satu bebanan tul tak?

saper-saper nak tolong saya bagi jawapan…saya amat mengalu-alukan..hari itu salah seorang student saya tanya pasal kenapa orang lelaki muslim tak boleh pakai emas?so cam ner nak jawab..

ader jugak soalan-soalan lain diorang tanya..alhamdulillah boleh jawab..tapi klu ader idea lain..boleh jer bagi tau saya..
student saya tak caya ader ker manusia yang tak pernah buat dosa macam nabi muhammad?
macam mana Allah tu?
kenapa orang muslim perlu bersunat?
kenapa perempuan muslim ader yang bertudung dan tidak bertudung?

kite sebagai umat islam kene betul2 memahami agama Islam sebaik-baiknya..bukan sekadar taklid semata2..bukan kerana ibubapa kiter beragama islam..so dalamilah ilmu agama Islam selagi kite umat nabi muhammad.

syukran jazillan kepada sesiapa yang hendak membantu..

syukran kulim kerana memberi pandangannya..betul jugak aper kulim kata 2…tapi kebiasaannya non muslim nie sentiasa sajer tanya macam2..macam student saya….diorang nie berminat nak tau pasal agama Islam…tapi diorang banyak kemusykilannye…knp tak boleh minum arak? kenapa tak boleh makan babi?bile kite memberi jawapannyer pasti ada alasan lain…kami minum arak sikit jer..makan babi sikit jer…

nielah pengalaman yang memang saya sedang alami…pelbagai soalan-soalan yang mereka berikan mencabar kite sebagai penganut agama Islam..so saya terpaksa memberi jawapan yang terbaik untuknyer agar diorang tak confius tentang agama Islam…

ader sesiapa lagi nak bagi pandangan..idea…nanti boleh la saya bagi tau student saya yang non muslim knp agama Islam menyuruh kite berbuat demikian…so dengan pelbagai pandangan yang anda berikan, bolehla membantu saya sedikit demi sedikit…

syukran jazillan…

PANDANGAN ALEX

Wlksm Almadarina.

PERSOALAN EMAS
Salah satu hikmat mengapa lelaki tidak dibenarkan memakai emas adalah kerana Islam mahu menyanjung wanita. Emas adalah antara benda paling berharga di dunia ini, maka Tuhan mengkhususkannya untuk wanita sebagai memuliakan mereka. Walau sehebat manapun lelaki, hiasan terhebat di dunia iaitu emas tidak boleh mereka pakai. Ini melambangkan betapa Islam meletakkan wanita di tempat yang tinggi.

Kita semua telah sedia maklum bahawa keupayaan atau kemampuan anggota tubuh badan kita ini sangat terbatas. Mata manusia sangat terbatas kemampuannya. Ia tidak boleh melihat apa yang ada di sebalik dinding. Untuk melihat apa yang ada di sebalik dinding, kita mestilah menggunakan alat. Contohnya periskop-yang digunakan oleh kapal selam, ataupun kita gunakan satelit, cermin dan sebagainya.

Telinga kita juga sangat terbatas. Ia tidak dapat mendengar perbualan sejauh 2 kilometer. Untuk mendengar sejuah itu, kita mestilah menggunakan alat, contohnya telefon.
Keupayaan kaki kita pun sangat terbatas. Untuk sampai ke Ipoh dari Kuala Lumpur dalam masa 2 jam sahaja, maka kita terpaksa menggunakan alat. Contohnya naik kereta, naik motor ataupun naik tikar terbang.

Jadi kita faham, semua yang ada pada diri kita sebagai manusia adalah sangat terbatas keupayannya. Betulkan?

Begitulah jugak dengan otak kita. Kemampuan otak kita AMAT TERBATAS. Untuk memikirkan siapakah pencipta alam semesta, dari mana kita datang sebelum kita dilahirkan, bagaimana kehidupan sesudah mati, bagaimana syurga neraka, mengapa itu boleh ini tak boleh dan pelbagai perkara lagi… maka kita tidak akan dapat menghuraikannya kalau sekadar menggunakan otak yang kemampuannya terbatas itu. Orang yang cuba memahami semua itu HANYA dengan kemampuan otak samalah seperti percaya yang mata boleh melihat sejauh 100 kilometer, dia boleh berjalan kaki dari Singapura ke Kuala Lumpur dalam masa 3 jam sahaja, telinganya boleh mendengar perbualan dari Amerika tanpa sebarang alat dan lain-lain. Pasti ini semua tidak masuk akal.

Untuk tahu itu semua kita tetap memerlukan alat, dan alat untuk mengetahui semua perkara-perkara ghaib tersebut adalah KITAB SUCI iaitu Al Quran- The Last Testament. Itulah alat yang dibekalkan oleh Tuhan untuk kita memahami itu semua. Tapi kalau kita tidak mahu menggunakan alat, mana mungkin kita memahami apa yang kita persoalkan itu?

Selain itu, kita terangkan juga, kebenaran sesuatu agama itu mestilah dilihat kepada asasnya. Kalau asasnya terbukti tidak benar, maka hal-hal cabangannya tidak perlulah dibicarakan lagi. Kalau terbukti ASASNYA benar, maka barulah persoalan cabangannya kita telusuri.
Ibarat pokok, kalau akar dan batangnya sudah reput, apalah yang diharapkan kepada rantingnya? Kerosakan akar dan batang menyebabkan bahagian-bahagian lain turut rosak. Tapi kalau akar dan batangnya masih elok, hanya rantingnya yang buruk, pokok itu masih berupaya hidup. Begitulah tamsilannya.

Jadi, asas bagi setiap agama adalah kitab sucinya dan Tuhannya. Kalau benar kitab suci dan benar konsep Tuhannya, barulah kita berpindah kepada persoalan ranting seperti persoalan lelaki memakai emas. Untuk pihak yang bertanya, cuba buka minda mereka dengan cara ini. Perbandingan agama Islam dengan kepercayaan mereka terpaksa dibuat untuk memberikan pemahaman semaksimum mungkin. Sila guna kaedah perbandingan. Akhirnya nanti mereka tidak boleh menolak kebenaran Islam dan menafikan kebengkokan anutan mereka.

PERSOALAN NABI MUHAMMAD TIDAK BERDOSA
Nabi Muhammad bersifat maksum. Sefaham saya maksum bermaksud kesalahan-kesalahannya jika ada automatik diampunkan Tuhan, malah sedar awal. Ringkasnya, tidak pernah melakukan dosa. Maksudnya, baginda masih tersalah dalam beberapa hal, etapi keslahannya itu diampunkan sedari awal lagi.

ALLAH ITU MACAM MANA?
Untuk menghuraikan Allah, amat panjang ceritanya. Boleh dibaca dalam siri kuliah ilmu tauhid yang bakal saya muatkan di blog saya nanti. Zat Allah tidak boleh difikir dan dibayang manusia kerana Dia sangat hebat. Sekiranya boleh difikir dan boleh dibayangkan, maka sudah jadi biasa- tidak hebat lagi. Apa saja yang boleh dibayangkan, maka itu bukan Allah. Allah tidak sama dengan apa jua makhluk. Allah tidak berada dalam gelap, Dia juga tidak berada dalam terang. Allah tidak terpengaruh dnegan warna kerana sebelum warna diciptakan, Dia telah sedia ada. Allah tidak terpengaruh dengan tempat, kerana Dia telah sedia ada sebelum tempat dicipta. “Tempat’ itu sendiri adalah makhluk- benda baru diciptakan. Allah telah sedia ada sebelum itu lagi dan zatnya tidak pernah berubah.
Sebelum menjawab soalan ini, biasanya saya suka untuk tahu apa agama si penanya terlebih dahulu. Hal ini akan memudahkan jawapan.

BERSUNAT
Orang Muslim kena bersunat kerana itu perintah Tuhan. Persoalan ini kembali kepada perbincangan ASAS agama. Soal-soal cabangan tangguhkan dulu. Bereskan soal-soal tunjang.
Sebagai pengkayaan, bersunat dapat membuang kotoran yang terhimpun di hujung kemaluan lelaki.Hari ini rata-rata orang Barat bersunat. Para remaja yang pernah bersembang dengan saya memberitahu, hampir semua pelakon filem lucah Barat bersunat. Wallahualam.
Kotoran di hujung kemaluan ini dikenalpasti sebagai punca utama kepada barah rahim (yang bahaya itu). Hinggakan pernah kerajaan Thailand menggalakkan rakyatnya bersunat untuk mengelakkan peningkaan kes barah rahim. Hal ini dilaporkan oleh akhbar kita.

Selain itu, orang–orang terdahulu juga bersunat. Ini boleh kita baca dalam Bible Old Testtament dan New Testament.

MENGAPA ADA WANITA ISLAM YANG TIDAK BERTUDUNG?
Pasal tudung… Sekolah tempat menjadikan orang pandai. Tapi mengapa ada yang pandai dan ada yang tak pandai selepas tamat sekolah?
Dalam mana-mana agama pun, akan ada orang yang baik imannya dan ada yang kurang baik imannya.
Kesalahan umat tidak boleh diletakkan ke atas agama.
Hal ini biasa saya dialogkan dengan umat Kristian.
Almadarina boleh menambah ilmu sekiranya mahu di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic1.html

STUDENT NON-MUSLIM BANYAK PERSOALAN
Halakan skop perbincangan kepada perkara-perkara paling utama dalam agama, persoalan cabang tangguhkan dulu jika boleh. Ini lebih banyak membantu. Bawa kepada persoalan asas iaitu tauhid dan kitab suci.

PERSOALAN ARAK
Islam mempraktikkan kaedah pencegahan yang terbaik iaitu dengan MENUTUP PINTU-PINTU kemaksiatan., tidak sekadar menutup kemaksiatan itu. Sebab itu dalam al-Quran dinyatakan “Jangan MENGAHAMPIRI zina”. Tidak “Jangan berzina”. Maksudnya, apa saja yang berupaya mengarahkan manusia ke arah kemaksiatan dan kerosakan, Islam mencegahnya dari awal. Inilah kaedah pencegahan terbaik.
Dalam kes arak, sedikit saja arak sudah dharamkan. Hal ini menunjukkan sikap berhati-hati agama Islam yang tidak ada pada agama lain.

PERSOALAN BABI
Saya pernah mengumpul bahan sebagai jawapan kepada persoalan pelajar beberapa tahun dahulu. Ini jawapannya:

Pada tahun lepas (2005), seorang pelajar bertanyakan saya jawapan
MENGAPA KITA TIDAK MAKAN KHINZIR?
Berikut adalah bahan-bahan yang berjaya dikumpulkan sebagai jawapannya.

Penerangan
Semua bangsa di seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang menganggap babi/ khinzir sebagai BINATANG YANG PALING HINA lagi menjijikkan. Buktinya, apabila seorang lelaki di Eropah berasa amat marah atau benci kepada seseorang, DIA AKAN MEMAKI “Babi!”. Seorang ibu di negara China dengan niat menghina atau memburuk-burukkan seseorang, dia akan memaki ‘Babi!”. Begitu juga seorang anak kecil di India yang menaruh dendam dan sehabis benci dengan orang lain akan memaki ‘Babi!”. Mengapa tidak dikatakan saja kuda, unta, tikus, arnab dan lain-lain?
Maksudnya di sini, telah ada satu kepercayaan turun-temurun di seluruh dunia yang babi adalah binatang paling hina lagi menjijikkan. Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan mulia di sisi Allah. Dengan sebab itu jugalah ORANG-ORANG YANG MULIA TIDAK akan MEMAKAN binatang atau DAGING YANG paling HINA lagi menjijikkan.

Babi juga merupakan BINATANG YANG PALING KOTOR dan menjadi AGEN KEPADA BANYAK JENIS KUMAN DAN PENYAKIT. Babilah pembawa CACING PITA yang BOLEH MENGAKIBATKAN MAUT itu. Dr. Yoshihiro Kawaoka menjadi pemimpin sekumpulan 12 orang saintis dari Universiti Wisconsin telah menjalankan penyelidikan terhadap babi. Dan hasilnya, terdapat satu sistem di KERONGKONG BABI yang membolehkan PELBAGAI VIRUS BERKUMPUL di dalamnya, dan ia amat berbahaya kepada manusia. Mereka mengisytiharkan babi sebagai “mixing vessel” atau pun “BAHTERA TAKUNGAN KUMAN-KUMAN” sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘Journal of Virology 1997’.

Babi TIDAK ADA LEHER untuk disembelih sebagaimana haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman di dalam badannya tidak dapat dikeluarkan. Bagi Islam, darah adalah najis. Mungkin ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya virus di leher babi sebagaimana pendapat para saintis.

Babi dipercayai berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan kepercayaan kuno yang tidak mustahil ada kebenarannya. Kita ambillah kisahnya sebagai menambah pengetahuan saja. Sewaktu seluruh dunia di tenggelami banjir, Iblis turut berada dalam bahtera Nabi Nuh tersebut. Oleh kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah sarap bersepah di sana-sini. Nabi Nuh minta pertolongan Tuhan untuk membersihkannya lalu Tuhan menyuruh dia mengusap kepala gajah dan terciptalah tikus yang memakan semua kotoran tersebut. Iblis turut berbuat demikian lalu terciptalah pula babi. Maka babi TERCIPTA HASIL KERJA TANGAN IBLIS.

Jika kita membaca BIBLE The New Testament- kitab suci orang Kristian, kita akan dapati peristiwa di mana Jesus (Nabi Isa) telah mengusir roh-roh jahat dari dalam tubuh manusia lalu dimasukkan ke dalam tubuh babi-babi. Ini secara simboliknya bertujuan menunjukkan pengharaman babi.

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:
• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis

Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkahsiat MELAINKAN DAGING BABI.”
Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.”
Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”
Kesimpulannya, tabib-tabib termasyhur dari negara China juga mempunyi pendapat yang sama dengan Islam.

Antara 20 KE 40 JUTA MANUSIA seluruh dunia MAUT akibat jangkitan virus INFLUENZApada awal kurun ke-20. Kajian menunjukkan virus baru ini BERPUNCA DARIPADA BABI-BABI DI AMERIKA. Ia telah menjangkiti askar-askar Amerika dalam Perang Dunia 1 dan kemudiannya dibawa bersama mereka ke negara-negara lain.
Antara VIRUS BARU berpunca daripada babi yang ditemui sejak tahun 1997 ialah kuman Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus), H3N2 Swine Flu Virus dan virus menangle. Alangkah berbahayanya babi kepada umat manusia. Spanish flu 1918, Asian flu 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu 1997 yang mengrobankan banyak jiwa adalah berpunca daripada babi.
Yang hebatnya, VIRUS DARIPADA BABI agak CANGGIH. Ia SENTIASA BERUBAH BENTUK dan menyerang dalam bentuk yang baru. Sistem pertahanan badan manusia tidak dapat melawan serangan virus-virus yang cerdik ini. Ada juga virus daripada keluarga HIV pada babi. Virus ini dibawa oleh DNAnya dan tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, pakar virologi Institut Kajian Kanser London mengatakan, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi memiliki kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."

Jawapan

Kita tidak memakan babi kerana sebab-sebab kemuliaan, agama dan kesihatan.

Sekadar itu bantuan daripada saya yang dhaif. Semoga bermanfaat.

Wallahualam. Wassalam.